Norevan Sdn Bhd ditubuhkan pada 11hb mei 1994. Beralamat awal di No. 52, Jalan 2/132, Gasing Indah, 46000 Kuala Lumpur. Pada permulaan awal menjalankan perniagaan kedai gambar. Berpindah ke Plaza Metro Kajang pada tahun 1996 dan merupakan satu-satunya kedai gambar milik orang Melayu di Bandar Kajang.

Syarikat ini turut membekalkan peralatan fotografi seperti kamera, filem dan bateri kepada jabatan-jabatan kerajaan seperti Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Majlis Perbandaran Kajang, Ibu Pejabat Penjara Kajang, Pejabat Kesihatan Hulu Langat dan sebagainya. Malah turut menjadi jurugambar untuk majlis-majlis yang di adakan oleh jabatan-jabatan terbabit.

Kini syarikat melebarkan perniagaan dalam bidang andaman dan galeri pengantin. Dengan nama D’Renjis Seri Pengantin, ia mula mendapat perhatian dari seluruh rakyat Malaysia. Mendapat tempahan dari seluruh negeri di antaranya Kelantan, Pahang, Johor, Perlis dan lain-lain negeri lagi.

PUSAT PAMERAN & PEJABAT :

Norevan Sdn Bhd
No 15 & 15A, Jalan 4/11A,
Seksyen 4 Tambahan,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor.
Tel/Fax : +603 - 8922 2775

Waktu Perniagaan : Isnin -Ahad ( 9 Pagi - 9 Malam )